Ternyata,
penjara tak selamanya bererti bencana dan duka nestapa. Bilik gelap
berjeruji besi ini bahkan boleh menjadi nikmat seumur hidup.
Setidak-tidaknya, itulah yang dialami oleh Marlon King, seorang striker bola sepak dalam Liga Inggeris (Premier League).
Penjara
benar-benar membuat Marlon King menemukan kebenaran hakiki dalam
hatinya. Striker 29 tahun yang pernah diikat oleh kelab Wigan Athletic
ini memeluk agama Islam, dan menukar namanya menjadi Hamza.
King,
di masukkan ke penjara Wayland, selepas menerima hukuman 18 bulan
penjara oleh mahkamah Southwark Crown, London, Jumat (30/10/2009).
striker ini dihadapkan atas kesalahan memukul seorang wanita muda di
Revue Bar di daerah hip London, Soho, December 2008 silam. Bukan itu
saja, pengurusan kelab pun bersetuju untuk memutus kontraknya, padahal
ketika itu King tengah merayakan kehamilan isterinya serta menjaringkan
gol dalam perlawanan, beberapa jam sebelumnya.
Selama
di penjara, Marlon belajar agama Islam setelah bertemu dengan Abu Hamza
Tariq, yang dihukum tujuh tahun mulai tahun 2006 lalu.
Kini,
Marlon menganggap Abu Hamza sebagai pahlawan hidupnya. Sebagai muallaf,
Marlon kini menjadi Muslim yang taat, dengan menjalankan kewajipan
solat lima waktu, tidak memakan makanan yang haram, dan menjaga
persaudaraan sesama Muslim.
Seperti
yang di siarkan The Sun, Marlon juga sering bertemu dengan Abu Hamza
Tariq yang hanya mempunyai satu tangan tersebut. Tidak hanya itu, Marlon
juga membincangkan masalah jihad, serangan 9 / 11 di New York dan
perang di Afghanistan.
"Marlon
berubah dari seorang yang buruk dan kini berpindah menjadi muslim. Dia
memuji Abu Hamza sebagai pahlawan, meskipun dia tahu, risikonya dia
dibenci orang ramai, "tegas sumber dalam The Sun.
"Marlon
bahkan akan mengislamkan keluarganya ketika dia keluar dari penjara
akhir tahun ini. Ini bukan sementara, ini perubahan menyeluruh. Marlon
membaca buku mengenai Islam berjam-jam di telefon genggamnya, "papar
sumber dalam tersebut.
Selamat datang dalam Islam, King. Semoga kamu menjadi "striker" di jalan Allah.
No comments:
Post a Comment