Al-Qur'an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.
Dan
telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu
(tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu
jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk.
(Surah al-Anbiya; 31)
Seperti yang telah kita lihat, dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi.
Fakta ini tidak diketahui oleh
sesiapapun ketika Al-Qur'an diturunkan. Ianya menjadi satu fakta yang
hanya diketahui hari ini selepas penemuan dalam bidang geologi moden.
Berdasarkan kepada penemuan ini,
gunung ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran
lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung,
rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu
lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan
membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus
ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini bermakna
pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar
dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi.
Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.
Di kawasan benua lebih tebal, di perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel.
Di dalam Al-Qur'an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan 'pasak'.
Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?.
(Surah an-Naba; 6-7)
Gunung ganang dalam erti kata
lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu
'pancang' yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus
menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini,
ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada
terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan
lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita
memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.
Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah "isostasy".
Definisi isostasy; Keseimbangan
umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan
di bawah permukaan di bawah tekanan graviti.
"Isostasy" yang menjadi pasak bumi
Peranan penting gunung-ganang
ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian
gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an berabad lalu
sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur'an menyebut;
dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu.
(Surah Luqman;10)
Pergerakan Gunung Ganang
Pergerakan Plat bumi dan gunung ganang yang menyebabkan bentuk geografi dunia berubah
Dalam sebaris ayat, kita telah
dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat,
tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.
Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.
(Surah an-Naml,88)
Pergerakan gunung-ganang ini
adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak.
Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada
awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis
jerman bermana Alfred Wegener
mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama
ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang
berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara
satu sama lain.
Alfred Wegener
Pakar geologi baru hari ini
menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan
fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang
dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915,
daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu,
dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan.
Melalui
anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian
yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah
Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian
yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara
dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini,
Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.
Semua benua ini yang timbul
selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di
permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang
sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.
Ditemui sebagai satu hasil
kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak
bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;
Kerak dan bahagian atas mantel,
dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen
dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan
kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini
bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan
lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5
sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan
mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun,
sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.
Di sana harus dinyatakan
beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai
satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden
juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini.
Suatu yang tidak diragui ialah
satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru
diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan
dalam Al-Qur'an.
No comments:
Post a Comment